Kurun Kedua Puluh dan seterusnya Sejarah_dunia

Abad ke-20 bermula dengan Eropah pada kemuncak kemewahan dan kuasa dan menguasai sebahagian besar dunia secara langsung melalui penubuhan koloni atau penguasaan secara tidak langsung. Kebanyakan bahagian lain dunia pula semakin dipengaruhi oleh negara Eropah: Amerika Syarikat dan Jepun. Bagaimanapun, ketika kurun berlalu, sistem sejagat yang dikuasai oleh kuasa bersaing menerima tekanan hebat, dan akhirnya digantikan dengan struktur lebih lentur negeri merdeka yang diatur menurut model Barat.

Perang Dunia I, pertempuran antara Berikat (hijau) dan Kuasa Pusat (Kuning bata), mengakhiri Empayar Jerman, Empayar Austria-Hungary, Empayar Rusia dan Empayar Uthmaniyyah.

Perubahan ini dimangkin oleh perang dengan kemusnahan dan skop yang tiada bandingannya. Perang Dunia I memusnahkan banyak empayar Eropah dan monarki, dan turut melemahkan Perancis dan Britain. Mengekori selepasnya, ideologi yang kuat timbul. Revolusi Rusia 1917 mencipta negeri komunis pertama, sementara pada 1920-an dan 1930-an turut menyaksikan diktaktor fasis tentera mendapat kuasa di Itali, Jerman, Sepanyol, Jepun dan lain-lain.

Persaingan kebangsaan berterusan, memburukkan lagi gelodak ekonomi Zaman Meleset, membantu memulakan Perang Dunia II. Ditaktor tentera Eropah dan Jepun mengejar arah pengembangan empayar yang ditakdirkan untuk gagal. Kekalahan mereka membuka jalan bagi kemaraan komunis ke Erpoah Tengah, Yugoslavia, Bulgaria, Romania, Albania, China, Vietnam Utara dan Korea Utara.

Senjata nuklear digunakan terhadap Jepun pada 1945, mengakhiri Perang Dunia II dan memulakan Perang Dingin.

Selepas Perang Dunia II, pada 1945, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan harapan menyelesaikan pergeseran antara negara dan menghalang perang di masa hadapan. Perperangan bagaimanapun telah meninggalkan dua negara, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dengan kuasa utama bagi memandu hal ehwal antarabangsa. Setiap satu mencurigai yang lain dan bimbang penyebaran model ekonomi-politik saingannya. Ini mendorong kepada Perang Dingin, empat puluh tahun percanggahan antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pembangunan senjata nuklear dan perlumbaan senjata berikutnya, kesemua manusia terdedah kepada risiko perang nuklear antara dua kuasa besar. Perperangan sebegitu dilihat sebagai tidak pratikal, sebaliknya perang secara proksi dilakukan, dengan mengorbankan negara Dunia Ketiga yang tidak memiliki senjata nuklear.

Perang Dingin berlangsung sehingga abad ke-9 dalam kurun ke dua puluh, sehingga sistem komunis Soviet Union mula roboh, gagal untuk bersaing dari segi ekonomi dengan Amerika Syarikat dan Eropah barat; Negeri satelit Eropah Tengah Soviet menekan kembali kedaulatan nasional mereka, dan pada 1991 Kesatuan Soviet sendiri berpecah. Ini meninggalkan Amerika Syarikat sebagai "kuasa besar tunggal", buat masa kini yang statusnya kini dipersoalkan dengan penguasaan ekonominya mula menunjukkan kemerosotan.

Pada awal dekad selepas perang, koloni Belgium, British, Belanda, Perancis dan empayar Eropah di Afrika dan Asia memenangi kemerdekaan rasmi mereka tetapi berhadapan dengan bentuk baru neo-koloni, kemiskinan, buta huruf dan penyakit tropika endemik (asal). Kebanyakan negeri Eropah Barat dan Eropah Tengah perlahan-lahan membentuk masyarakat ekonomi dan politik, Kesatuan Eropah, yang kemudiannya berkembang ke arah timur untuk menerima negeri-negeri bekas satelit Soviet.

Penjelajahan terakhir BulanApollo 17 (1972).

Kurun ke-21 melihat perkembangan pesat dalam sains dan teknologi, dan peningkatan jangka hayat dan taraf hidup bagi ramai umat manusia. Ketika dunia membangun bepindah dari ekonomi berasaskan arang batu kepada berasaskan petroleum, teknologi pengangkutan baru, bersama kebangkitan Zaman Maklumat, mendorong kepada globalisasi. Penjelajahan angkasa mencapai sepanjang sistem suria. Struktur DNA, lakaran kehidupan sendiri, dijumpai dan genom manusia dijujukkan, pencapaian utama dalam memahami biologi manusia dan rawatan penyakit. Kadar celik huruf sejagat terus meningkat, dan jumlah kumpulan buruh dunia yang diperlukan bagi menghasilkan bekalan makanan manusia semakin menurun.

Kurun ini melihat pembangunan ancaman sejagat baru, seperti percambahan nuklear (nuclear proliferation), wabak penyakit berjangkit, masalah persekitaran semulajadi seperti kesan rumah kaca dan nyahhutan, dan kemerosotan sumber alam semulajadi. Ia turut menyaksikan kesedaran bahaya silam yang kemungkinannya menyebabkan kepupusan pukal (mass extinction) kehidupan di planet, seperti asteriod dan komet yang menghampiri bumi, letusan gunung berapi agung, dan cetusan pancaran gama. Sementara itu sepanjang hayat kebanyakan negeri terus diiringi oleh perperangan, yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan ekonomi, penyakit, kebuluran dan genosid. Sehingga 2008, hampir 30 konflik bersenjata berterusan tercetus dipelbagai bahagian dunia.

Dari abad ke-20 melangkah ke abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa penduduk manusia di Bumi semakin pantas mencapai kegentingan had sumber semulajadi, diburukkan lagi oleh jumlah penduduk yang meningkat, dan kemerosotan alam sekitar yang semakin buruk. Perkara yang agak penting adalah pembangunan sumber tenaga yang lebih banyak dan murah seperti variati tenaga boleh diperbaharui, dan kemungkinannya meningkatkan penggunaan tenaga nuklear dan teknologi bahan api fosil yang baru.[15]

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_dunia http://www.atypon-link.com/AEAP/doi/abs/10.1257/08... http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j... http://www.justiniansflea.com/events.htm http://encarta.msn.com/encyclopedia_761575057_13/s... http://www.skkok.com/?_page=43 http://dpalm.med.uth.tmc.edu/courses/BT2003/BTstud... http://www.ph.ucla.edu/EPI/bioter/anempiresepidemi... http://www.digitalhistory.uh.edu/historyonline/con... http://www3.niaid.nih.gov/news/newsreleases/1996/p... http://www.reshafim.org.il/ad/egypt/ramses-hattusi...